Kolej Teknologi Bestari

Pengenalan

Pada sesi jun 2006/2007 , Kolej Teknologi Bestari telah menubuhkan jabatan pembangunan Kemahiran untuk memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran. Di awal penubuhan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Sebanyak 4 program yang ditawarkan iaitu program Pembantu Juruteknik Sistem Komputer (Tahap 2), Juruteknik Sistem Komputer (Tahap 3), Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (Tahap2) dan Penyelia Tadbir Sistem Maklumat (Tahap 3) di mana keempat-empat program ini menjadi nilai tambah bagi pelajar-pelajar yang mengambil sijil akademik.

Pada bulan Ogos 2012, Kolej Teknologi Bestari telah dinaik taraf kepada University College Bestari (UCB). Dengan itu, pada bulan Mei 2013 program kemahiran telah beroperasi sendiri dengan nama Kolej Teknologi Bestari (Kemahiran). Walaubagaimanapun, Kolej Teknologi Bestari (Kemahiran) masih boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang berada di UCB seperti bilik kuliah, makmal, asrama dan sebagainya.

VISI

Wawasan Jabatan Pembangunan Kemahiran ialah bermatlamatmuntuk menjadikan sebuah latihan & pendidikan kemahiran tinggi demi melahirkan insan yang cemerlang dan berdaya saing.

MISI

Menjadi sebuah jabatan yang unggul, melahirkan tenaga mahir yang berkualiti dengan tumpuan kepada kemahiran dan teknologi serta melahirkan tenaga profesional yang berwibawa bagi merealisasikan wawasan Negara.

Program

Kolej Teknologi Bestari menawarkan kursus di peringkat Diploma dengan program yang ditawarkan, seperti:

  • Pengurusan Pejabat
  • Penyeliaan Pejabat
  • Pentadbiran Sistem Maklumat
  • Operasi Sistem Komputer
  • Pentadbiran Sistem Komputer
  • Perkhidmatan Rangkaian Komputer
  • Pentadbiran Ragkaian Komputer

Objektif

  • Menyediakan program kemahiran di peringkat sijil dan diploma bagi melahirkan pekerja mahir yang berwibawa untuk merealisasikan wawasan Negara.
  • Menampung kekurangan tempat pengajian di institut-institut kemahiran awam dalam mendapatkan Sijil dan Diploma yang sama serta setaraf dengan institut kemahiran awam.
  • Memberi ilmu dan latihan yang lebih mantap di dalam bidang kemahiran.

Galeri Kolej Teknologi Bestari

Cawangan Permasuri,Terangganu

Cawangan Ampang,Selangor

Hubungi Kami

Kolej Teknologi Bestari,Putera Jaya, Permaisuri, Setiu, Terengganu, Malaysia, 22100 Permaisuri, Terengganu.

Hubungi Kami

Kolej Teknologi Bestari, 41, Jalan Nirwana 39, Taman Nirwana, Ampang, 68000 Kuala Lumpur, Selangor.

Ingin sertai Kolej Teknologi Bestari?